Thursday 22 October 2009

Kelab UMNO London Raya Open House

Hmm.... Nice thing to do and hope could do it annually.




-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Tuesday 8 September 2009

Salam Perantauan 2009


Nama Pengirim: Kamarul Amir Mohamed

Lokasi Pengirim: London, United Kingdom

Nama Penerima: Mak, Bapak, Isteri dan Rakan-Rakan Serta Semua Yang Mengenali diri ini

Lokasi Penerima: Tg. Malim, Taiping, Melaka dan Sarawak

Ucapan: Selamat Hari Raya kepada semua dan harapnya dapat balik raya tahun ni.

Pengenalan Gambar: Bergambar di Lake District, Cumbria UK

E-mel Pengirim:
amkamarul@kazmn.com

http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=salam_perantauan2009&pub=salam_perantauan2009&y=2009&dt=0908&sec=Album&pg=kamarulamirlondonuk.html

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Thursday 3 September 2009

Kesian Bangsa ku

Dalam damai
ku lihat wajah
Dalam terang aku bersuluh
Diam tak diam
Jiwa ku meruntun

Dari kejauhan
Aku lihat
Bangsaku tumpu
Segenap usaha
Meraih simpati
berpatah arang
Menegak janji
Dari penjajah yang rakus
Mengorek dan menggerudi

Setengah abad kemudian
Ku lihat bangsaku
Nasib tak menentu
Adakah penjajah telah kembali
Atau mereka telah meninggalkan
bom masa
yang dijadualkan untuk meletup
setelah hidup senang
bersama bangsa ku

Adakah ini tinggalan penjajah
atau kerakusan bangsa ku sendiri
atau mereka yang tidak mengenal
erti kemerdekaan
erti kompromi

Mereka lapar dan dahaga
Biarkan yang lain
penuhkan perut sendiri dahulu
Jangan difikir akan mereka yang lain

Derita ini
kepayahan ini
kerakusan ini
Menekan bangsaku
kesian bangsa ku...


Kam 09'


-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Thursday 27 August 2009

Utusan Malaysia Online - ron95 FOR honda

Utusan Malaysia Online - Korporat

Semua model Honda serasi dengan RON95
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Honda Malaysia mengumumkan hari ini bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Pengumuman itu dibuat berikutan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga RON97, serta pelancaran pilihan yang lebih mampu dibeli, iaitu RON95, yang akan menggantikan RON92.

Bahan api baru itu boleh dibeli dengan harga RM1.75 seliter, berkuatkuasa 1 September.

Oleh kerana RON97 paling biasa digunakan, banyak pihak yang ragu-ragu untuk beralih kepada bahan api yang lebih rendah RONnya, tetapi Honda Malaysia memberi jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi berkata, dalam satu kenyataan bahawa semua kereta Honda memerlukan RON91 minimum sejak 2001 dan dengan demikian sebarang angka melebihi RON minimum adalah selamat.

"Kecuali bagi Civic Type R, yang kami cadang menggunakan RON97 disebabkan enjinnya yang berprestasi tinggi. RON yang lebih tinggi akan menghasilkan lebih kuasa bagi sedan berprestasi tinggi ini. Jika tidak, prestasinya dan penggunaan bahan apinya mungkin terjejas," jelas beliau.

Jika bahan api yang lebih rendah RONnya digunakan, satu keadaan yang dipanggil engine knocking (perlagaan enjin) akan berlaku, yang akan mengakibatkan penurunan prestasi dan pengurangan kecekapan bahan api, kata syarikat itu.

Bagi mengelakkan perlagaan enjin, semua model daripada Honda Malaysia dilengkapi sensor perlagaan, iaitu pengesan yang memberi isyarat kepada operasi enjin untuk memperlahankan pemasaan pencucuhan (tindakan palam pencucuh) jika berlaku perlagaan enjin, yang akhirnya akan menjejaskan pretasi dan kecekapan bahan api kenderaan.

Bagi model-model yang diedarkan sebelum 2001 atau diedarkan oleh bukan wakil jualan Honda yang sah, pemilik dinasihati memastikan keperluan RON minimum kenderaan dengan merujuk kepada manual pemilik mereka. - BERNAMA

Shared via AddThis

Friday 21 August 2009

N11 Permatang Pasir

A huge bombardment of truth and lies is circulating the nation in this moment. You nor me knows the which is the truth and the lies. Every sides tries to get people together and vote them. In fact, it's good if we look in the marketing prospects.

However things were worsen by the hatred implanted within. Neither parties agrees on what the other party is doing. For 'A', 'B' is bad and vice versa. I love to read the blogs of ruling and opposition. This is just to broaden my knowledge in different perspective and scope. There are certain bloggers who can really interpret the matter with knowledge and common sense. However, mainly I could say that sometimes what is right would be wrong depending on which side are we in. I might be wrong but...It's totally up to you and me to decide. Reading those blogs pushed me to laughter and sometimes horror.

Well, the clock is ticking.



-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Thursday 6 August 2009

Rakyat diingatkan 7 wasiat Raja-raja Melayu

06/08/2009 5:03pm

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  1. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  2. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  3. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  4. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  5. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  6. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
    (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda. Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi.” “Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya. “Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat,” titah baginda. Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah. “Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram,” titah Raja Nazrin Shah. Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

— BERNAMA
-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Tuesday 4 August 2009

Words of Wisdom 004

Pleasure is the greatest incentive to evil

Plato

Mind

Life,
Evaporate as it like
At it's own phase
doesn't matter if you like it or not
nor you are sure and certain
keeping something to retain
the moments of glory will be drawn
by people who appreciate and being appreciated
through sad and pain
You must remain the same
no matter how high you are
or else I'm sure that the
anger and greed will take charge
soon as you realized
your life has turned to dust
because the downfall
wasn't meant for those who crawl
Strive all you may and neglect what's in the can
Proceed on and sometimes turn back for clues
Always stick like glue
to the believes of the end....

Kam 2009

'Ill pray and dream, I'll rise and win

Monday 3 August 2009

31/07/09 - 02/08/09 - Sonisphere Festival 2009 @ Knebworth


Been there, done that and coming back????

I'll tell you why in my next post.....

Wait for the event's pics.......

Wednesday 22 July 2009

PPSMI - Retreat! Retreat!

I know...It's a bit late for it now. However, by putting my thoughts just to myself creates a sense of depression to my mind. Need to express on 'HOW I FEELS' towards this matter. Or should I say HOW I THINK...because 'feels' could be affected by emotion, greeds and morale.

1. Waste of money - was and will

2. Different perception- wrong intepretation of why PPSMI in the 1st Place. It's not for teaching ENGLISH GRAMMAR. But the technical terms


3. Gaining support - Ea
se out the pain given by the opposition

4. Changes : Adapting English is a m
atter of generations
..not a click



http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Friday 29 May 2009

How should i Start?

Writing is not really a good thing of mine. Despite, I envy what people could do with writings. Inspirations, rumours and etc. are all distributed through writings. This shows how writing effect our life in general.

Maybe I should start somewhere. What to write has always been an issue for me (or even others). I've been browsing through couple of blogger's hut and found some inspiration. However, 'some' does not provide me the knowledge on creating a greater impact on me and the audiences. I might think that the content is great but for some others...its just a blog.

I used to think that people is who they are and predestined to be what they are. Then I realized that eventhough everything is predestined, the act, reaction, determination and effort would change all of that. Strictly, this applies to writing as well as life. Not everybody can write! But, if they were taught or they learn to write then they could write. Might be better than Raja Petra or even J.K. Rowling . (Google if you don't have any idea of who they might be). The resemblance between those two are both creates an epic journey through time and writes in their own world. Far away from the real life, I guess. My perception might differ from others but this is the real truth. 'One cannot say that the others are wrong when they dont know that they are right'.

Hopefully my writings would express my emotions, thoughts and ideas (due to my own feelings) and I would end this with my one and only Word of Wisdom that I use throughout the time.

I'll pray and dream, I'll rise and win...

-Kam-

Words of Wisdom 003

Character develops itself in the stream of life.

Johann Wolfgang von Goethe

Words of Wisdom 002

" The only reason for TIME is so that everything doesn't happen at once..." Albert Einstein

taken at

www.kazmn.com

Saturday 2 May 2009

Word of Wisdom

Sometimes I give myself admirable advice, but I am incapable of taking it.


Mary Wortley Montagu

Tuesday 24 March 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2008

KUALA LUMPUR, 27 Mac -- SEMANGAT .... Perwakilan Kelab UMNO London, Kamarul Amir Mohamed ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Seramai 63 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara menghadiri perhimpunan itu yang akan berakhir esok.
Perhimpunan kali ini disertai 4,885 perwakilan iaitu 2,509 perwakilan pada perhimpunan agung, Wanita (796), Pemuda (791) dan Puteri (789).


http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/preview.fwx?position=89&folderid=5156&search=&sorting=modifytime_desc


-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Senarai Jurucakap Usul 2008

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Sempena persidangan Perhimpunan Agung UMNO ke-59, berikut dimaklumkan senarai nama jurucakap usul yang akan membentangkan perbahasan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

USUL UCAPAN DASAR PRESIDEN

Pencadang
YB Dato’ Haji Razali Bin Ibrahim (Bahagian Muar, Johor)

Penyokong
YB Datuk Hj Tawfiq bin Datuk Abu Bakar Titingan (Bahagian Tawau, Sabah)

Pembahas Usul

1. YB Senator Dato’ Musa Sheikh Fadzir (Bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
2. YB Dato’ Ismail bin Kasim (Bahagian Arau, Perlis)
3. YBhg Datuk Haji Hasnoor bin Sdg. Husin (Bahagian Bukit Katil, Melaka)
4. YB Dato’ Mohd Khusairi bin Abd Talib (Bahagian Tanjung Malim, Perak)
5. YBhg Dato’ Haji Firdaus bin Harun (Bahagian Rembau, Negeri Sembilan)
6. Encik Mohd Zain bin Yasin (Bahagian Bachok, Kelantan)
7. YBhg Dato’ Mohd Shafei bin Abdullah (Bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan)
8. Encik Nor Saidi Nayau (Bahagian Langkawi, Kedah – Wakil Pergerakan Pemuda)
9. YB Dato’ Haji Ahmad Munawar bin Haji Abdul Jalil (Bahagian Maran, Pahang)
10. Saudari Mazlina binti Mohamad Lazim (Bahagian Indera Mahkota, Pahang – Wakil Pergerakan Puteri
11. YBhg Dato’ Ismail bin Kijo (Bahagian Ampang, Selangor)
12. YB Dato’ Halimah binti Mohd Sadique (Bahagian Tenggara, Johor)
13. Encik Ismail bin Yaacob (Bahagian Langkawi, Kedah)
14. YBhg Dato’ Haji Zubir bin Embong (Bahagian Kuala Terengganu, Terengganu)
15. Saudara Wan Md. Hazlin Agyl bin Wan Hassan (Kelab UMNO Southampton)

Wakil Jurucakap Simpanan

1. YB Dato’ Hajah Mastika Junaidah binti Hussin (Bahagian Arau, Perlis)
2. Encik Ahmad Kamel bin Munin (Bahagian Padang Terap, Kedah)
3. Saudara Kamarul bin Amir Mohamed (Kelab UMNO London)

USUL EKONOMI

Pencadang
Encik Amiruddin bin Mohd Said (Bera, Pahang)

Penyokong
YBhg Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar, Perlis)

Pembahas Usul

1. YBhg Dato’ Haji Hanafi Mamat (Pasir Mas, Kelantan)
2. YBhg Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah (Jerai, Kedah)
3. YBhg Dato’ Rosni binti Zahari (Maran, Pahang – Wakil Pergerakan Wanita)
4. YBhg Dato’ Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas, Pulau Pinang – Wakil Pergerakan Pemuda)
5. Dato Datu Nasrun Bin Datu Mansor (Silam, Sabah)
6. Saudari Azura Binti Mohd Affandi (Johor Bharu, Johor – Wakil Pergerakan Puteri)
7. YB Senator Datuk Akbar Bin Ali (Jasin, Melaka)
8. YM Dato’ Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan)

Wakil Jurucakap Simpanan

1. Encik Md. Noor Bin Aziz (Padang Besar, Kedah)
2. YBhg. Dato’ Abd Azeez Bin Abd Rahim (Baling, Kedah)

USUL PENDIDIKAN DAN AGAMA

Pencadang
YB Encik Mohd Nizar Bin Zakaria (Parit, Perak)

Penyokong
YB Tuan Haji Shabudin Bin Yahaya (Tasek Gelugor, Pulau Pinang)

Pembahas Usul
1. YBhg. Dato’ Zainal Abidin Sakom (Hulu Selangor, Selangor)
2. YBhg. Ustaz Kamaruddin Bin Omar (Hulu Terengganu, Terengganu)
3. Saudari Seriwani Binti Sabtu (Setiawangsa, Wilayah Persekutan – Wakil Pergerakan Puteri)
4. YB Encik Abd Samad Bin Haji Ibrahim (Kuala Pilah, Negeri Sembilan)
5. YBhg.Datuk Zaleha Binti Hussin (Kubang Kerian, Kelantan – Wakil Pergerakan Wanita)
6. Ustaz Syahrin Jamaluddin (Tebrau, Johor – Wakil Pergerakan Pemuda)
7. YB Tuan Haji Ayub Bin Rahmat (Sekijang, Johor)

http://umno-online.com/?p=887

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Monday 23 March 2009

Kelab UMNO Luar Negara bawa usul suara generasi muda

ARKIB : 23/03/2009

Kelab UMNO Luar Negara bawa usul suara generasi muda
KUALA LUMPUR 22 Mac - Kelab UMNO Luar Negara akan membawa usul yang bakal meningkatkan keahlian kelab itu dan mencerminkan suara generasi muda Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bermula minggu depan.

Usul tersebut juga bagi membolehkan UMNO menjadi sebuah parti yang berwajah baru.

Pengerusi Kelab UMNO Southampton, Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan berkata, Kelab UMNO Luar Negara menerima usul daripada 70 kelab dan akan ditapis sebelum dibawa kepada perhimpunan tersebut.

Menurutnya, secara umumnya ia akan mencerminkan suara generasi muda yang mahu melihat transformasi menyeluruh dalam UMNO.

"Secara peribadi, saya sedih kerana tidak pernah menyangka UMNO akan goyah. Ia tidak patut berlaku lebih-lebih lagi pada usia UMNO sekarang, ia umpama malapetaka dan takdir buruk yang perlu dihadapi.

"Kita perlu muhasabah diri dan bertindak. Caranya ialah melalui perubahan luar biasa yang menyeluruh. Saya tidak mahu kelak orang memandang UMNO sebagai tidak relevan," katanya kepada Utusan Malaysia pada Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2009 di sini hari ini.

Agyl, 26, dipilih daripada sembilan calon yang disenarai pendek sebagai wakil Kelab UMNO Luar Negara untuk berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau adalah pelajar Ijazah Doktor Falsafah Perancangan dan Kejuruteraan Pengangkutan untuk Operasi Rel di Universiti Southampton, United Kingdom.

Kamarul Amir Mohamed, 30, yang dipilih sebagai jurucakap simpanan pada perhimpunan itu berpendapat, UMNO masih relevan dan akan kekal sedemikian dengan syarat parti itu melaksanakan amanat perubahan yang diucapkan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, seperti yang diucapkan oleh Najib, Kelab UMNO Luar Negara merasakan UMNO berada di landasan yang betul apabila melakukan proses perubahan dan ia menunjukkan satu perkembangan yang sihat.

"Peningkatan bilangan kelab menunjukkan hasrat kerajaan untuk menyerapkan golongan muda dalam usaha menyumbang kepada negara.

"UMNO akan kekal relevan kepada Malaysia dan akan kekal sebegitu kalau apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib dilaksanakan," katanya yang merupakan Ketua Penerangan Kelab UMNO London.

-dipetik dari Utusan Online, 23 Mac 2009

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0323&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm&arc=hive

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Sunday 22 March 2009

Galeri Gambar Utusan

Kuala Lumpur 22 Mac 2009 - Datuk Dr. Adham Baba berkata sesuatu kepada Wan Mohd. Hazlin Agyl Wan Hassan dari Kelab UMNO Southamton (kiri) dan Kamarul Amir Mohamed yang akan berucap semasa persidangan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Gambar: Ahmad Zakki Jilan / Pemberita: Zainah (am)

http://202.190.126.84/utusan/special.asp?pr=umno2009&pub=umno2009&y=2009&dt=0325&sec=Album&pg=umno3.html

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Majis Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2008

Sunday, 05 April 2009


Majlis Makan Malam & Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2008 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 20hb Mac 2009. Program ini dihadiri oleh kira-kira 150 orang yang terdiri daripada para perwakilan dan pemerhati kelab UMNO Luar negara, pihak Sekretariat KULN dan peserta-peserta kursus.




Malam yang sungguh bermakna buat Kelab UMNO London ini melihatkan dua orang mantan pengerusinya, Khairuddin Mohd Hussin (2004-2006) dan Dzariman Ibrahim (2006-2008) menerima anugerah-anugerah Ikon Gemilang Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi KULN YB Dato Seri Mohd Shafie Apdal.



Khairuddin Mohd Hussin yang juga bekas Setiausaha Agung BPN Kelab-kelab UMNO UK 2004-2006, telah menerima 'Anugerah Gemilang KULN 2008' di atas pencapaian beliau dalam kerjaya sebagai Pengurus Investment Banking CIMB Investment Bank Berhad serta menjadi ahli ‘Institute of Chartered Accountants in England & Wales’. Beliau telah berjaya memperbaiki dan menaikkan persepsi serta imej Kelab UMNO London di kalangan komuniti & jabatan-jabatan Malaysia di London.



Dzariman Ibrahim yang juga merangkap Pengerusi BPN Kelab-kelab UMNO UK, telah menerima 'Anugerah Khas Pengerusi KULN Terbilang 2008' di atas sumbangan dan pembabitan beliau mengetuai jawatankuasa Kelab UMNO London dalam menjalankan lebih 70 program yang merangkumi pelbagai aktiviti ilmiah, keagamaan dan kesukanan, antaranya Forum Islamic Finance, Legacy TAR, Bicara Tokoh, Karnival Merdeka dan banyak lagi. Di samping itu, beliau juga telah mengurus dan menyelaraskan pentadbiran 17 buah cawangan kelab UMNO di seluruh United Kingdom di bawah BPN United Kingdom dengan cemerlang sejak 2006.



Selain daripada itu, Kelab UMNO London juga sekali lagi telah meraih 'Anugerah Kelab UMNO Terbaik 2008' bagi United Kingdom buat kali ke-5 berturut-turut sejak tahun 2004. Anugerah ini telah diterima oleh Kamarul Amir Mohamed, Perwakilan Kelab UMNO London bagi tahun ini, yang juga telah terpilih sebagai pembahas simpanan untuk Kelab UMNO Luar Negara.



Diharapkan pencapaian-pencapaian ini bukan sahaja dapat menyuntik semangat kepada barisan jawatankuasa baru Kelab UMNO London untuk terus bergiat aktif, malahan dapat menjadi contoh inspirasi kepada kelab-kelab UMNO lain.


http://www.umnolondon.com/content/view/116/

-I'll pray and dream, I'll rise and win-
Free Counter | DiseƱo Web