Sunday 22 March 2009

Majis Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2008

Sunday, 05 April 2009


Majlis Makan Malam & Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2008 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 20hb Mac 2009. Program ini dihadiri oleh kira-kira 150 orang yang terdiri daripada para perwakilan dan pemerhati kelab UMNO Luar negara, pihak Sekretariat KULN dan peserta-peserta kursus.




Malam yang sungguh bermakna buat Kelab UMNO London ini melihatkan dua orang mantan pengerusinya, Khairuddin Mohd Hussin (2004-2006) dan Dzariman Ibrahim (2006-2008) menerima anugerah-anugerah Ikon Gemilang Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi KULN YB Dato Seri Mohd Shafie Apdal.



Khairuddin Mohd Hussin yang juga bekas Setiausaha Agung BPN Kelab-kelab UMNO UK 2004-2006, telah menerima 'Anugerah Gemilang KULN 2008' di atas pencapaian beliau dalam kerjaya sebagai Pengurus Investment Banking CIMB Investment Bank Berhad serta menjadi ahli ‘Institute of Chartered Accountants in England & Wales’. Beliau telah berjaya memperbaiki dan menaikkan persepsi serta imej Kelab UMNO London di kalangan komuniti & jabatan-jabatan Malaysia di London.



Dzariman Ibrahim yang juga merangkap Pengerusi BPN Kelab-kelab UMNO UK, telah menerima 'Anugerah Khas Pengerusi KULN Terbilang 2008' di atas sumbangan dan pembabitan beliau mengetuai jawatankuasa Kelab UMNO London dalam menjalankan lebih 70 program yang merangkumi pelbagai aktiviti ilmiah, keagamaan dan kesukanan, antaranya Forum Islamic Finance, Legacy TAR, Bicara Tokoh, Karnival Merdeka dan banyak lagi. Di samping itu, beliau juga telah mengurus dan menyelaraskan pentadbiran 17 buah cawangan kelab UMNO di seluruh United Kingdom di bawah BPN United Kingdom dengan cemerlang sejak 2006.



Selain daripada itu, Kelab UMNO London juga sekali lagi telah meraih 'Anugerah Kelab UMNO Terbaik 2008' bagi United Kingdom buat kali ke-5 berturut-turut sejak tahun 2004. Anugerah ini telah diterima oleh Kamarul Amir Mohamed, Perwakilan Kelab UMNO London bagi tahun ini, yang juga telah terpilih sebagai pembahas simpanan untuk Kelab UMNO Luar Negara.



Diharapkan pencapaian-pencapaian ini bukan sahaja dapat menyuntik semangat kepada barisan jawatankuasa baru Kelab UMNO London untuk terus bergiat aktif, malahan dapat menjadi contoh inspirasi kepada kelab-kelab UMNO lain.


http://www.umnolondon.com/content/view/116/

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

No comments:

Free Counter | DiseƱo Web