Wednesday 17 April 2013

Benarkah Perubahan yang dijanjikan oleh BN untuk PRU 13??? Atau hanya KHAYALAN????



Terus terang, saya agak terkejut dengan senarai pencalonan BN pada PRU 13 kali ini. Siapa sangka, muka-muka yang tercalon jauh dari yang saya ramalkan.....

Beberapa muka lama yang saya agak pasti 'TIDAK AKAN BERUNDUR', telah diketepikan. Mungkin juga ini strategi terkini BN dalam memastikan kemenangan dalam PRU 13.

Apa-apa pun, kini NYATA SEKALI yang BN di bawah pimpinan DS Najib menjanjikan satu angin perubahan yang kencang. Siapa sangka, yang DS Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) akan digugurkan? Siapa sangka yang mereka-mereka ini boleh 'TERGUGUR' :

DS Md. Isa Sabu (MB Perlis), 
DS Radzi Sheikh Ahmad (AP Kangar), 
DS Azmi Khalid (AP Padang Besar) , 
DS Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (DUN Pauh) - (Kalau tak salah saya, kerabat Perlis ni)
dan ramai lagi

Pelbagai alasan diberikan antaranya faktor umur dan juga beri peluang kepada mereka-mereka yang lain. Pada mulanya (sebelum pencalonan diumumkan) saya menjangka yang mereka-mereka ini mahu bertanding sehingga KE LIANG LAHAD. Rupa-rupanya, mereka sedar akan kemampuan diri mereka dan juga tanggungjawap mereka dalam memastikan kemenangan BN.

Menteri digugurkan, kerabat digugurkan.... Nafas baru telah diberikan kepada BN dan pengundi-pengundi pastinya nampak akan perubahan ini. Rata-rata calon yang diumumkan mempunyai kredibiliti dan personaliti yang PERLU ADA kepada pemimpin. Mungkin muka baru di arena politik, tetapi mempunyai pengalaman luas dalam hal-hal pentadbiran dan kemasyarakatan.

Nama-nama seperti Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong (Parlimen Kuala Terengganu, Mas Emieyati Samsuddin (Parlimen Masjid Tanah), Prof. Datuk Abu Bakar Mohd. Diah (Parlimen Tangga Batu), Karim Yaakob(DUN Bukit Baru), Yong Fun Juan (DUN Ayer Keroh) merupakan antara muka baru yang tersenarai. Mereka-mereka ini merupakan WINNABLE CANDIDATE untuk BN. Mereka mempunyai pengalaman dan latar belakang yang hebat dalam aspek kemasyarakatan.

Saya akan cuba mendedahkan biodata muka-muka baru ini (sekiranya boleh dan MAMPU).


 *** Tahniah DS Najib dan BN. Sekurang-kurangnya WINNABLE CANDIDATE bukan hanya kepada pimpinan parti SAHAJA, tetapi juga WINNABLE CANDIDATE oleh AKAR UMBI..

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Wednesday 3 April 2013

Koleksi Status FB sejak Parlimen dibubarkan - PRU 13


'Changing the government will not solve many problems if the people don't change as well. It is not the 'government' that drive recklessly on the road, smoke in public toilets, and kill babies. Change one person at a time.'

'hahaha menarik...Xsabar nk tunggu parlimen bubar. Boleh tukar kerajaan. Pasni nk beli ferari pun dh murah harga kancil. Aku bwk laju kt hiway pun polis xsaman sebab kerajaan masa tu xkan bebankan rakyat. Aku ingat masa tu mesti aku lg kaya dr Robert kuok sebab semua tender kerajaan yg aku masuk mesti aku dpt sebab kerajaan masa tu telus dan jujur dan x mengamalkan kronisme. Hidup aku masa tu mesti indah belaka tanpa sebarang masalah hingga keakhir hayat

p/s: copy/paste dr FB seorang kawan...'


akan update dari masa ke semasa


Sumber: Merata2


-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Wednesday 27 March 2013

Guan Eng eri alasan silap taip- Lepas ni silap apa pulak?

 Haritu dah silap kira, sekarang silap taip.... lepas ni silap apa pula yer? silap janji kot...atau silap mata???..... Jangan pengundi pun 'silap' pilih' udah le....

Dipetik dari Utusan Malaysia


Guan Eng beri alasan silap taip

[ sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng]

PULAU PINANG 27 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi alasan berlaku masalah 'silap taip' dalam pengumumannya mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau yang kelihatan kurang senang dengan isu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng, berkata, pihaknya telah memperbetulkan maklumat berkenaan.

"Dalam 10 kali, hanya sekali kita tersilap sebut sedangkan sembilan kali lagi kita menyatakan kos yang betul.

"Jadi saya tidak faham mengapa Khoon Leng hendak memilih kos yang silap itu dan tindakannya dilihat tidak profesional," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Khoon Leng mempersoalkan peningkatan kos pakej projek mega tersebut kerana berdasarkan maklumat daripada portal kerajaan negeri, jumlah asal yang dinyatakan ialah sebanyak RM4.08 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng pada September 2011.

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Perlu Tampilkan Calon Muda PRU 13


Perlu Tampilkan Calon Muda PRU 13


Dipetik dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menampilkan muka-muka baharu yang muda sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pengisian calon-calon tersebut wajar bagi membantu Najib mengukuhkan sokongan dan pemerintahan Perdana Menteri itu kelak.
"Saya setuju dengan pandangan Tun Daim Zainuddin, mana yang lama sepatutnya diketepikan, beri peluang kepada muka-muka baharu pula," kata beliau dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Dunia Mengenai Inovasi Global anjuran Yayasan Kemajuan Kehidupan Manusia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Daim yang juga bekas Menteri Kewangan di era kepimpinan beliau bahawa Najib perlu membuat rombakan Kabinet dengan pengisian muka-muka baharu.

Daim dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini menegaskan, kebanyakan barisan Kabinet sekarang sudah melepasi waktu.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir menjangkakan pembubaran Parlimen akan dibuat sedikit masa lagi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, jangkaan itu berdasarkan ada negeri-negeri yang akan terbubar dengan sendirinya sekiranya pembubaran Parlimen tidak dibuat dalam masa terdekat ini.
"Sebenarnya tempoh 'edah' Parlimen pun semakin hampir, sudah tentu (pembubaran) tidak lama lagi," kata beliau dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Dunia Mengenai Inovasi Global anjuran Yayasan Kemajuan Kehidupan Manusia di sini hari ini.

Dr. Mahathir yang diasak dengan soalan yang sama, secara berseloroh berkata: "Kalau saya masih menjadi Perdana Menteri, tahun lalu sudah bubar (Parlimen). Tapi saya bukan Perdana Menteri lagi."
Mengulas mengenai hasrat Lim Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, Dr. Mahathir menyifatkan Penasihat DAP itu sengaja mempertaruhkan nasibnya untuk menguji kekuatan BN di negeri itu.

Secara sinikal beliau berkata, Kit Siang sebenarnya mahu melihat pandangan dan penerimaan rakyat Johor terhadap parti itu.

"Dia (Kit Siang) pun tahu BN mempunyai penguasaan besar di Johor tetapi kalau dia rasa dia boleh diterima di sana biarlah.

"Kita lihat sahaja keputusan pilihan raya nanti," ujar beliau lagi.
Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan telah memberi laluan kepada Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Tuesday 26 March 2013

Kalimah Allah- Contoh Kekeliruan yang mungkin berlaku

Kalimah Allah- Contoh Kekeliruan yang mungkin berlaku

 Contoh paling baik kenapa ' Penggunaan Kalimah Allah' dalam bible akan mengelirukan Umat ISLAM....

kalau nak tengok video ni...tengok sampai hujung atau tengok dari 1/2 ke atas...jangan tengok tajuk terus tolak untuk tengok... (sebab tajuk berunsur TOLAK PR)

Jangan tutup minda kita kerana ada nama PAS PKR DAP.......

Saya share content.... secara spesifik... contoh kekeliruan yang akan timbul sekiranya ALLAH digunakan dalam bible..........

Kalau anda rasa tak nak tengok, jangan le susah2 komen.... tengok dulu baru komen... PASTIKAN ANDA BUKA MINDA ANDA sebelum tengok.....





 Lepas dah tengok ni.... dan fahamkan contoh2 dihujung video tu...tengok pula yang ini...

http://www.youtube.com/watch?v=2Xn105EbBbg ****



*** sori...tak dapat dipautkan dalam blog...tak tau kenapa....

KOMEN KAWAN SAYA DI WALL FB SAYA

sori mencelah. ini pndpt aku yg mngajar linguistik. sbnrnya isu guna istilah Islam ni bkn baru. Org2 Barat telah menterjemah bible gunakn nama2 Islam ni sjk seawal2nya prtghn 1500 lg di Indonesia. Namun,pd masa tu, kjaan Indon blm berkuasa krn 'dijajah'. Stlh berkuasa, mrk xlg dpt mngawal keadaan krn hal ini tlh berlaku beratus2 thn dulu. sb tu sistem agama di Indon jadi bercelaru spt skrg. Kita masih blh mengawal, jd sebaik2nya dikawal dr awal. Tak ada keperluan utk guna kalimah itu di sini. Klu yg ada di sini kebyknnya dibawa dr Indon, terutama di Borneo.

Ruang yg terhad ni xmemungkinkan utk aku menghurai lbh mndlm. biasanya ni blh jadi bhn kuliah aku selama 3-4mnggu.

 sbnrnya, org Barat mmg nmpk kekuatan org2 Melayu (termasuk Indon) dlm mempertahankn agama Islam. Satu cara utk mengelirukn org Melayu Islam ini adalah dgn menterjemah bible mnggunakn bhs.Melayu dan mnggunakn kalimah2 Islam yg dimelayukn supaya org Melayu ini blh menjiwai agama Kristian. Ini terbukti berjaya di Indon. xhairanlah kalau Islam di Aceh turut jatuh. Ini gara2 mrk upah sorg pegawai Belanda utk berpura2 masuk Islam dan mnjadi penasihat sultan Aceh. Beliau tlh memecahbelahkn umat islam di sana. Org Islam hnya tahu bhw org belanda ni munafik stlh kematian dia. Ini krn org terlihat surat2 yg beliau hntr kpd pemerintah belanda pd masa itu. Sila semak nama Snouck Hargrounje (mngkin silap eja)


Dia sanggup masuk ISLAM dan pernah duduk di MEKAH... Demi untuk menJAHANAMKAN Islam.... 

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Memoirs of pleasure

Pleasure of mind
is said to
comprehend the pleasure of life
when the start is over
the journey begins to sail
sailing through your life
and not necessarily sailing through my heart
but i know it crawls
lurking deep
in each and every second
of my entire life

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Penurunan Harga Kereta oleh Pakatan Rakyat... Terbaik




Penurunan Harga Kereta oleh Pakatan Rakyat... Terbaik

 a.[100k(harga jualan sekarang )]- b.[50k (tax)]= c. [kita dapat beli kereta harga 50k] + d. [kerajaan rugi 1.5billion]...... terbaik....

**** AP lelong tu peniaga kereta beli pakai air liur ke????So, sapa nak tanggung kos/harga AP lelong tu? Makin ramai orang bid, maka makin tinggilah harga AP tu kan? So, apa jadi dengan harga kereta?? dan MUNGKIN AP akan di control oleh peniaga yang BERDUIT BANYAK...... (Peniaga Bumiputera kot yang berduit banyak ni)******

so, sebenarnya formula harga kereta adalah:

a.[100k(harga jualan sekarang )]- b.[50k (tax)]= c1. [ kita dapat beli kereta harga 50k]+ c2. [harga AP lelong] dan d.[ kerajaan rugi 1.5billion]

so sekarang, ikut formula di atas... [a] dah cerita, [b] dah cerita dan [c1 dan c2] dah cerita.... [d]??????

untuk [d], kerajaan rugi 1.5b....

jadi, untuk dapat 2billion (seperti yang pakar tu kata).... ingat... 2 billion > 1.5billion (besar daripada)

jadi,

harga AP tu mesti kurang atau lebih untuk dapat 2 billion....

lagi satu, dia belajar matematik kat mana yer???

3. pendapatan cukai 7.6b setahun... PR akan turunkan 20% setahun... kerugian sebanyak 1.5b setahun....

dia paham tak perkataan 'penurunan berperingkat2' yang dia maksudkan???

=20% setahun

jadi tahun pertama rugi 1.5b=20%, tahun kedua 3b (40%)...tahun kelima...patutnya 7.6% mcm dia kata dalam video...... so, cover 2b dia tu untuk setahun jer kan???? sebab dia compare kerugian dan pendapatan setahun.....

4. DAN.... Kepada sesiapa yang masih 'dilamun' loan kereta yang tinggal lagi beberapa tahun tu.... anda bayar 100k untuk kerta yang kawan anda bayar 50k jer..... hahahaha terbaik...NASIB AKU TAKDE HUTANG KERETA.... HAHAHAHAHA

****cakap ikut video yer..... bukan penafsiran semata2... kalau tak percaya, ambil calculator n kira tengok..... hahaha


Tu belum ulas lagi dalam konteks penurunan 20% tu apa akan jadi kepada kereta yang ada sekarang, baru dan 2nd hand...kereta yang kita dah beli...peniaga kereta 2nd hand...dan banyak lagi ler..... 

LOGIK LE SIKIT.....

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Tuesday 15 January 2013

Isu Kalimah Allah- Terkini: Penarikan Balik YB Mat Sabu

  




Salute dengan YB Mat Sabu (YB ke dia ni?).... sanggup menarik balik penampilan unggul atas pentas sama-sama dengan bos Pakatan semasa pengumuman dibuat... bukan semua pemimpin sanggup berbuat sedemikian..... TAHNIAH YB MAT SABU....

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130115/po_16/Kalimah-Allah-Mat-Sabu-ubah-fikiran-setuju-Majlis-Syura


(Sumber Gambar - Utusan Malaysia)
 

p/s: kan senang kalau tak melonjak untuk mengikut rentak, sedang rentak tak seperti kehendak, apatah pula kehendak yang memuncak, sambil menafikan kecerdikan akal yang luas sawah sepetak....

kalau tak tahu...buatlah cara tak tahu....beri yang alim (bermaksud orang yang pandai, bukan bermaksud orang yang pakai kopiah/serban dan/atau berjanggut) beri komen.... kadang2, guru sekolah rendah lebih hebat dari lulusan Universiti Madinah, kalau kena ilmunya, kalau tunduk padinya...........


-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Monday 17 December 2012

Bukti PAS Bukan Parti Dominan: Oleh Zulkifli Noordin

 Diambil dari: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121217/re_01/Bukti-Pas-bukan-parti-dominan

Mungkin ada yang terlepas baca/pandang..... Menarik untuk dikongsi....

Bukti Pas bukan parti dominan

DALAM apa kedudukan pun, Pas telah membuktikan kepada umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja parti yang tidak boleh diharapkan untuk membela dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan mereka, malah ia boleh menjadi parti yang boleh mengkhianati dan menikam belakang umat Islam-Melayu demi survival dan kepentingan politiknya.
Jangan kata umat Islam-Melayu, anak isteri pun mereka rela perkeldaikan dan politikkan. Sanggup cerai bini sendiri dengan talak tiga semata-mata kerana politiking yang melampau.
Mari kita tengok apa jadi kepada Kerajaan Pas Kedah. Kerajaan di mana parti yang dominan ialah Pas, kerana ADUN Pas paling ramai, dan ADUN DAP hanya seorang. Dalam keadaan itu, kerajaan Pas sepatutnya tidak ada masalah untuk melaksanakan segala dasar dan agenda Pas.
Sebaliknya, lain yang berlaku. Contohnya, apabila Kerajaan Pas Kedah mengumumkan akan merobohkan sebuah pusat penyembelihan babi di Kota Setar, ADUN DAP tersebut telah membantah dan memberi kata dua - tarik balik arahan tersebut atau beliau akan bawa DAP Kedah keluar.
Akhirnya, kerajaan Pas Kedah membatalkan arahan tersebut. Dominan ke namanya tu?
Kita tengok pula apa jadi bila kerajaan Pas Kedah mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan wajib ditutup sepanjang bulan Ramadan. Hanya dengan satu bantahan daripada DAP, arahan tersebut dibatalkan. Dominan ke namanya itu?
Paling terbaru, kerajaan Pas Kedah mengeluarkan arahan supaya semua papan-tanda iklan yang mengandungi gambar wanita yang tidak berpakaian sopan hendaklah diturunkan. Belum sempat Karpal Singh batuk, arahan itu segera ditarik balik bila ada suara membantah daripada DAP. Dominan ke namanya tu?
Mari kita beralih ke Pulau Pinang. Saya tidak bercadang untuk bariskan segala peristiwa yang berlaku untuk membuktikan betapa hinanya Pas pada pandangan mata kerajaan DAP Pulau Pinang. Cukup sekadar kita tengok bagaimana cara mereka melayan satu-satunya ADUN Pas di Pulau Pinang. Pas hanya ada satu ADUN di Pulau Pinang; iaitu Saleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang.
Sepatutnya dalam erti kata perkongsian yang telus dan harmoni serta saling hormat menghormati sebagaimana yang diamalkan dalam BN yang ditunjangi UMNO, kerajaan DAP Pulau Pinang wajib memberikan tempat kepada satu-satunya ADUN Pas.
Sebagaimana yang dibuat oleh UMNO, masih mengambil pimpinan MIC, MCA dan Gerakan yang tewas dalam pilihan raya; diberikan tempat di dalam kerajaan bertaraf Menteri. Itu namanya dominan. Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati rakan kongsi dalam persefahaman yang ikhlas.
Tetapi tidak dalam pakatan songsang DAP-PKR-Pas ini. Satu-satunya ADUN Pas di Pulau Pinang, langsung tidak diberi muka dalam barisan Exco Kerajaan DAP. Sepatutnya Pas yang dilabelkan sebagai parti Islam, paling tidak pun ADUNnya patut diberi jawatan Exco menjaga portfolio hal-ehwal Islam. Malah itulah antara bahan kempen semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Tetapi tidak. ADUN Pas yang juga ketua Pas Pulau Pinang langsung tak diberi muka oleh Kerajaan Lim Guan Eng.
Sebaliknya, Malek Kasim yang bukan lulusan daripada jurusan Islam dan merupakan ADUN PKR Batu Maung dilantik memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam.
Ini bukan sahaja membuktikan Pas bukan parti dominan, malah Pas hanyalah dianggap sebagai parti keldai tunggangan sahaja. Ini adalah satu penghinaan besar kepada Pas. Mungkin doa dan impian Presiden Pas untuk menjadi khadam sudah pun tertunai. Jadi, dominan ke namanya tu?
Kalau kita tukar angin tengok ke Selangor, bertambah gerun lagi kita dibuatnya! Pas ada lapan ADUN, bermakna Pas adalah parti king-maker kerana jika Pas menarik diri kerajaan pakatan pembangkang akan tumbang.
Dengan kedudukan sebagai king-maker itu, kita sepatutnya boleh meletakkan harapan Pas boleh ‘tunjuk taring’ dan ‘bersuara lantang’ melaksanakan agenda dan dasar perjuangan Pas yang kononnya mahu menjadi parti alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO.
Tapi apa yang terjadi sebaliknya. Datuk Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam Selangor mendapati bukan sahaja beliau berdepan dengan kekangan dan kesukaran oleh rakan komponen DAP-PKR di dalam melaksanakan dasar dan agenda Islam-Melayu, malah beliau turut berdepan dengan sabotaj dan khianat daripada Pas sendiri.
Cubaan Hasan membersihkan Shah Alam daripada unsur arak dan maksiat yang makin bercambah sejak pakatan pembangkang memerintah ternyata kecundang.
Menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai Exco Agama, dan berbekalkan kedudukan Pas sebagai king-maker di Selangor, Hasan dengan kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan operasi pembersihan dengan merampas arak yang dijual secara bebas di kedai-kedai serbaneka di Shah Alam.
Kita ingatkan ahli dan penyokong Pas akan bertakbir sakan. Almaklumlah pernah ada antara mereka yang membuat kenyataan, ‘hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup’.
Tapi apa jadi? Tidak sampai beberapa hari, kaum cauvinis dan rasis DAP mula melalak dan memekak. Mereka menuntut arahan Hasan dibatalkan dan arak itu dipulangkan kembali kepada kedai-kedai serbaneka itu. Umat Melayu-Islam ingatkan tentu para mujahidin dan para demonstran Pas akan turun berarak di Shah Alam, mungkin juga sampai membaringkan badan di atas jalan untuk menghalang kereta Ronnie Liu daripada bergerak.
Tidak, sebaliknya umat Melayu-Islam menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah memulangkan semula arak tersebut. Bayangkan betapa hina dan aibnya kita umat Melayu-Islam bila melihat lori MBSA terpaksa memulangkan semula arak-arak yang dirampas itu ke kedai-kedai serbaneka. Dominan ke namanya itu?
Kemudian kita tengok pula isu serangan terhadap akidah umat Melayu-Islam. Hasan menerima maklumat bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melakukan dakyah dan cuba memurtadkan beberapa orang Melayu-Islam. Berdasarkan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan di DUMC.
JAIS mendapati aduan itu betul, dan menemui beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka JAIS pun bertindak.
Apa jadi? Sekali lagi umat Melayu-Islam mengharapkan Pas akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan isu akidah. Apa lagi yang lebih besar selain masalah akidah. Serangan terhadap akidah umat Islam sama seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam.
Umat Islam mengharapkan Pas tidak akan berkompromi. Sebagaimana umat Melayu-Islam melihat Pas dan UMNO bersama melakukan bantahan besar-besaran semasa isu IFC, isu murtadnya Noraishah Bukhori, murtadnya Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina Jailani atau Lina Joy. Umat Melayu-Islam tidak sabar mendengar pengumuman jihad oleh Pas.
Sebaliknya pula yang berlaku. Hasan dimaki-hamun, dicerca, dihina dan ditohmah tidak pandai berpolitik. Beliau difitnah tidak tahu menghormati hak gereja dakyah. Hasan dikutuk tidak memahami perasaan DAP. Hasan didakwa akan menyebabkan Pas hilang undi, hilang kerusi. Akhirnya Hasan dipecat. Tanpa notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh bela diri, tanpa dipanggil mesyuarat.
Apa dosa Hasan sehingga diperlakukan seperti ‘pembawa sial’ tu? Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan akidah umat. Dosa Hasan Ali kerana nak melaksanakan nilai Islam. Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah kemungkaran. Dosa Hasan kerana nak mempraktikkan dasar yang dilaungkan oleh Pas selama ini.
Atas dosa itu, Hasan dipecat tanpa menurut hukum dan syariat Islam, oleh parti yang melabel dirinya sebagai Islam. Betapa ironisnya. Dominan ke namanya tu?
Dan yang paling mengaibkan, sebaik sahaja dipecat, portfolio Hal Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! Pas parti yang melabelkan diri sebagai Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang yang mengundinya, yang menjamin syurga orang yang menyokongnya, yang mendoakan kehancuran umat Islam lain, yang memurtadkan saudara satu akidah; kali ini dihancurkan dan dihina apabila portfolio Hal Ehwal Islam Selangor diambil alih oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Pas diberi apa? Portfolio menjaga Sukan dan Adat Resam Melayu! Dominan ke namanya tu?
Apa rumusan kepada semua fakta dan hakikat yang saya huraikan di atas? Rumusannya jelas. Pas bukan parti dominan dan tonggak. Sebaliknya Pas adalah parti sampingan dan tunggangan.


-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Tuesday 1 May 2012

Civilized people in civilized country: A case study of Bersih 3.0- Supporters shameful act

Some people just don't understand the true meaning of peace and harmony. The video shown below shows how a patriotic act turns into an idiotic act in a split second. I really believe in the context of not 'judging a book by its cover' which is well taught in such civilization. However, the truth seems so hurtful hence such defiance occurs in front of our civilized eyes.

Don't think that you are clever enough until you have the authority to label and say whatever you like. The truth is always painful to bare especially when you are negligence of your own knowledge. In simple words, 'don't act clever when in actual fact you are stupid as hell.



-I'll pray and dream, I'll rise and win-
Free Counter | DiseƱo Web