Wednesday 17 April 2013

Benarkah Perubahan yang dijanjikan oleh BN untuk PRU 13??? Atau hanya KHAYALAN????



Terus terang, saya agak terkejut dengan senarai pencalonan BN pada PRU 13 kali ini. Siapa sangka, muka-muka yang tercalon jauh dari yang saya ramalkan.....

Beberapa muka lama yang saya agak pasti 'TIDAK AKAN BERUNDUR', telah diketepikan. Mungkin juga ini strategi terkini BN dalam memastikan kemenangan dalam PRU 13.

Apa-apa pun, kini NYATA SEKALI yang BN di bawah pimpinan DS Najib menjanjikan satu angin perubahan yang kencang. Siapa sangka, yang DS Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) akan digugurkan? Siapa sangka yang mereka-mereka ini boleh 'TERGUGUR' :

DS Md. Isa Sabu (MB Perlis), 
DS Radzi Sheikh Ahmad (AP Kangar), 
DS Azmi Khalid (AP Padang Besar) , 
DS Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (DUN Pauh) - (Kalau tak salah saya, kerabat Perlis ni)
dan ramai lagi

Pelbagai alasan diberikan antaranya faktor umur dan juga beri peluang kepada mereka-mereka yang lain. Pada mulanya (sebelum pencalonan diumumkan) saya menjangka yang mereka-mereka ini mahu bertanding sehingga KE LIANG LAHAD. Rupa-rupanya, mereka sedar akan kemampuan diri mereka dan juga tanggungjawap mereka dalam memastikan kemenangan BN.

Menteri digugurkan, kerabat digugurkan.... Nafas baru telah diberikan kepada BN dan pengundi-pengundi pastinya nampak akan perubahan ini. Rata-rata calon yang diumumkan mempunyai kredibiliti dan personaliti yang PERLU ADA kepada pemimpin. Mungkin muka baru di arena politik, tetapi mempunyai pengalaman luas dalam hal-hal pentadbiran dan kemasyarakatan.

Nama-nama seperti Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong (Parlimen Kuala Terengganu, Mas Emieyati Samsuddin (Parlimen Masjid Tanah), Prof. Datuk Abu Bakar Mohd. Diah (Parlimen Tangga Batu), Karim Yaakob(DUN Bukit Baru), Yong Fun Juan (DUN Ayer Keroh) merupakan antara muka baru yang tersenarai. Mereka-mereka ini merupakan WINNABLE CANDIDATE untuk BN. Mereka mempunyai pengalaman dan latar belakang yang hebat dalam aspek kemasyarakatan.

Saya akan cuba mendedahkan biodata muka-muka baru ini (sekiranya boleh dan MAMPU).


 *** Tahniah DS Najib dan BN. Sekurang-kurangnya WINNABLE CANDIDATE bukan hanya kepada pimpinan parti SAHAJA, tetapi juga WINNABLE CANDIDATE oleh AKAR UMBI..

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

No comments:

Free Counter | DiseƱo Web