Wednesday 27 March 2013

Guan Eng eri alasan silap taip- Lepas ni silap apa pulak?

 Haritu dah silap kira, sekarang silap taip.... lepas ni silap apa pula yer? silap janji kot...atau silap mata???..... Jangan pengundi pun 'silap' pilih' udah le....

Dipetik dari Utusan Malaysia


Guan Eng beri alasan silap taip

[ sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng]

PULAU PINANG 27 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi alasan berlaku masalah 'silap taip' dalam pengumumannya mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau yang kelihatan kurang senang dengan isu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng, berkata, pihaknya telah memperbetulkan maklumat berkenaan.

"Dalam 10 kali, hanya sekali kita tersilap sebut sedangkan sembilan kali lagi kita menyatakan kos yang betul.

"Jadi saya tidak faham mengapa Khoon Leng hendak memilih kos yang silap itu dan tindakannya dilihat tidak profesional," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Khoon Leng mempersoalkan peningkatan kos pakej projek mega tersebut kerana berdasarkan maklumat daripada portal kerajaan negeri, jumlah asal yang dinyatakan ialah sebanyak RM4.08 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng pada September 2011.

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

No comments:

Free Counter | Diseño Web