Thursday, 26 January 2012

Kemerosotan minat pelajar terhadap jurusan sains membimbangkan

PUTRAJAYA 26 Jan. - Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin."Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi."Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti,” katanya. Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya sukar dan membosankan. "Pelajar seharusnya membayangkan kerjaya yang menarik dan menguntungkan selepas tamat pengajian dan bergelar ahli sains,” katanya. Mohamed Khaled meminta pengurusan tertinggi IPT melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi negatif pelajar."Pelajar cemerlang perlu diterapkan rasa keghairahan untuk mempelajari sains dan dapat merasakan kursus sains adalah suatu yang menyeronokkan serta penuh cabaran minda dan penerokaan baru. Lebih penting ialah kerjaya sains menjanjikan pengiktirafan dan pulangan yang lumayan,” katanya.Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohamed Khaled berkata, mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc yang bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPTA. — BERNAMA

Diambil dari UTUSAN MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
-I'll pray and dream, I'll rise and win-

AUKU relevan bagi orang `tidak tahu jaga diri’ - Dr. Mahathir



26/01/2012 5:36pmALOR SETAR 26 Jan. - Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.Beliau berkata, kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau."Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul."Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini. — BERNAMA


Diambil dari UTUSAN MALAYSIA
-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Thursday, 12 January 2012

SBPA disemak semula bagi selesaikan isu berbangkit

Alhamdulillah. Our prayers has been heard. I would say that it is a right move by PM.

Nobody would believe me, however I strongly say that in GE-12, the goverment lose since the previous PM don't intend to give bonus that year.

Just to be realistic and not materialistic. One year is equivalent to 52 weeks and a month is considered as 4 weeks. If you are using the same calculator as mine, then you'll get 13 months a year. Therefore, the final (13th) month would be the bonus.

If PM don't take any (better) action soon, nobody knows what the future holds for us.

Thank you dear PM. You've made the right decision. Let the people who came out with this formula figure out the difference of fairness and equality. Let them pay for what they are jeopardizing now. Filling ONLY their stomach with concept of the poor become poorer and the rich become EXTRA RICH. Almost nobody were concerned about the retirement age. Good Job.

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 12/01/2012

SBPA disemak semula bagi selesaikan isu berbangkitSBPA disemak semula bagi selesaikan isu berbangkit12/01/2012 8:10pmKUALA LUMPUR 12 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA."Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata, Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu, ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. – BERNAMA

Wednesday, 11 January 2012

SBPA didakwa pinggir pensyarah: We Educate Voters


Wanted to say this since the government (ALWAYS) announce EXTRA BENEFIT to teachers.

I should say that, The goverment are always on the teacher's side. I'm not sure if it is true or not. But that is what people say. Maybe it's a rumors and might be not. Even through budget presentation, PM uses teacher as an example for the government officer scheme. No offence for them who really benefit from this move. My main question is how many of these so called 'crucial stage' educators support heartfully of the present government?
During SBPA itself the seniority and education level were not taken into consideration. Most of us have a Master's degree and PhD. If I'm not mistaken, not all goverment scheme requires this 'scholar' level as a criteria in application. This purely means that a lecturer requires a high competency and knowledge compared to other scheme. If the requirement is set high, then why should the pay remains more or less the same (in entry level). In some cases seems like the lecturers have been neglected in many ways.

Please think of this words...

The teachers educate students, the lecturers educate voters.

If you lost count of the 29000 lecturers... Then you probably also lost your count on the millions of voters they produce every year .
p/s: It would be quite pleasant if different example were used..

Diambil dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SBPAdidakwapinggirpensyarah/Article

Oleh Haika Khazi
haikakhazi@bharian.com.my
2012/01/06


RAZLI (kiri) bersama Omar pada sidang media selepas perjumpaan dengan wakil MPKA seluruh negara di Putrajaya, semalam.JPA diminta kaji kenaikan gaji dengan ambil kira kesarjanaan, kekananan

PUTRAJAYA: Majlis Persatuan Kakitangan Akademik (MPKA) Malaysia yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah gred 54 ke bawah di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula pelarasan gaji mengikut Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat meminggirkan mereka. Pengerusi MPKA Malaysia, Prof Madya Dr Razli Che Razak, berkata kajian semula itu perlu kerana peralihan tangga gaji dari Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA untuk kakitangan akademik bergred DS54, DM54, DU54 dan DUG54 ke bawah didapati meminggirkan prinsip kesarjanaan dan kekananan seseorang kakitangan akademik di IPTA. Beliau berkata, MPKA melihat pelarasan gaji berkenaan sepatutnya mengambil kira aspek kesarjanaan dan kekananan seseorang pensyarah dalam pelaksanaan SBPA supaya ia adil kepada semua pihak.

“Jika kita lihat kembali pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam mesti antara tujuh hingga 13 peratus daripada gaji mereka mengikut SSM, tetapi ia tidak berlaku kerana hasil analisis mendapati peningkatannya (mengikut SBPA) hanya kira-kira tiga peratus.

“Malah, jika dilihat dari segi gaji permulaan pensyarah gred DS45 mengikut SSM dan SBPA, kenaikan hanya RM3.90 iaitu daripada RM2,546 kepada RM2,550. Bagi kenaikan gaji gred 52 dan 54 pula tidak mengambil kira aspek kekananan dan tempoh perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil MPKA dari seluruh negara di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, MPKA mendesak JPA melantik sekurang-kurangnya tiga wakilnya menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan tanpa kekangan gred dan tidak mengira sama ada mereka dari kumpulan profesional atau bukan.
Selain itu, Razali berkata, JPA perlu mempertimbangkan pemberian insentif baru kepada kakitangan akademik berdasarkan status universiti atau kepakaran seperti Universiti Penyelidikan atau Universiti APEX menerusi pelaksanaan pemberian insentif di bawah SBPA pada 2013.

“Kita juga berharap JPA akan mengkaji semula dan mengubah frasa opsyen dalam surat tawaran SBPA yang bertulis ‘muktamad’ kerana ia dilihat sebagai paksaan dan tidak membenarkan rundingan,” katanya.

Berikutan itu, MPKA bercadang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagi membincangkan masalah itu.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, yang turut hadir berkata, beliau menyokong tindakan MPKA itu dalam menyuarakan pandangan mereka kerana ia mampu menjamin kebajikan kakitangan akademik di negara ini.

“Kebajikan kakitangan akademik amat penting kerana mereka memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan dan melahirkan tenaga kerja berkualiti di Malaysia.

“Justeru, CUEPACS berharap JPA turut mengambil kira desakan dan pandangan kakitangan akademik di IPTA dalam perbincangan mereka tidak lama lagi,” katanya

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya

Logo Suruhanjaya Pilihanraya
Logo Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (Bukan Indonesia)

Dua logo yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Persoalannya, ada blogger yang cuba memaparkan usaha kerajaan untuk menggalakkan Pendaftaran Pemilih adalah usaha untuk meraih undi. Ada yang sanggup menabur fitnah dengan mengatakan sejumlah wang akan di bayar kepada mereka yang sanggup menukar alamat mengundi dan sebagainya. Adakah benar perkara ini berlaku atau pun hanya sekadar andaian purba penyedap cerita yang cuba dikarang untukmeraih populariti. Seperti yang kita sedia maklum, ramai di kalangan kita yang suka bersikap populis. Sikap sebegini menimbulkan kepuasan yang tidak terhingga kepada mereka.

Saya cuba meninjau lebih dekat proses ini dengan melalui sendiri proses yang dijalankan oleh kedua-dua agensi ini di tapak-tapak yang terpilih.

Senario saya:

Saya baru bertapak di Negeri Melaka lebih kurang 2 tahun. Pada kad pengenalan saya terpapar alamat rumah ibubapa saya (di Perak) yang sengaja saya 'kekalkan' sebagai alamat tetap saya. Namun itu semua sebelum saya memiliki rumah sendiri di Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kini setelah 2 tahun di sini, saya merasakan keperluan untuk menukar alamat saya kerana sekarang saya tinggal di Melaka. Saya tidak pasti tetapi saya rasa, ada undang-undang untuk kita sentiasa mengemaskini maklumat tempat tinggal baru kita di JPN. Tempat mengundi saya di daftarkan di Sarawak sebelum ini kerana saya pernah menetap di Sarawak selama lebih 10 tahun.

Rasional saya:

Sekiranya saya tidak menukar tempat undi saya,maka saya perlu ke Sarawak untuk mengundi pada pilihanraya akan datang. Ini satu pilihan yang PASTINYA saya TIDAK akan buat. Sebaliknya SAYA INGIN MENGUNDI UNTUK MEMASTIKAN PILIHAN SAYA. Siapa yang saya pilih bukan persoalannya dan bukan hak anda untuk mengetahui. Untuk itu, saya perlu tukar tempat mengundi saya. Untuk melakukan pertukaran ini, saya perlu pergi ke JPN dan beratur dan tunggu dan beratur. Kemudian ke SPR dan menukar maklumat tersebut berdasarkan alamt terkini saya. sekali lagi (di Melaka) saya terpaksa memanjat Kompleks Kerajaan Persekutuan di MITC. Nasiblah pejabat-pejabat (JPN dan SPR) tersebut agak berdekatan. Jika tidak, nescaya saya tidak akan menukar alamat dan juga tempat mengundi saya.

Soalan saya, adakah bagus sekiranya roadshow atau mobile registration ini dibuat? Kesemua kemudahan diletakkan setempat. Tambahan pula, tujuan SPR adalah HANYA UNTUK MENDAFTAR PEMILIH SAHAJA. Apa yang anda mahu pangkah terpulanglah kepada kebijaksanaan akal mahupun mata pena anda semua.
-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Monday, 9 January 2012

BOM???? Di Malaysia pada 901

Perusuh-perusuh di Malaysia sudah semakin 'maju'. Adakah kemajuan sebegini yang kita dambakan? Adakah ini yang dikatakan AMAN.

Saya sesungguhnya tidak menyokong sebarang perhimpunan sebegini. Terutamanya yang diterajui/di sokong oleh PEMBANGKANG. Saya rasa, setiap kali mereka berhimpun, pasti ada insiden-insiden baru yang mengecewakan. Penggunaan BOM adalah 'kemajuan' terkini.

'SYABAS' saya ucapkan kepada penganjur kerana berjaya membawa Malaysia kepada perkara baru ini. Sekiranya mereka membawa kemajuan ekonomi tidak mengapa. Tetapi kemajuan anasir-anasir buruk sebegini yang dibanggakan.

Dukacita saya ucapkan kepada mereka yang tercedera atau harta benda musnah. Dukacita ini HANYA untuk mereka yang terkena tempias walaupun mereka bukannya menyokong perhimpunan ini. Kepada mereka yang memang memasang niat untuk hadir dan tercedera... Siapa cari susah, susah itu datang sendiri............



-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Sunday, 8 January 2012

Demo 901 : Untuk siapa? Kita?

Siapa yang bercita-cita or berminat nak pergi..... fikir-fikirkanlah..

1.Esok Isnin, sure semua orang kerja.

2. Untuk sertai perhimpunan ni, terpaksa ambil cuti.

3. Dari cuti pergi demo, bagus lagi kalau balik kampung or duduk berehat bersama keluarga.

4. Tak sangka ada juga orang yang menyokong orang yang tak berani nak angkat 'sumpah laknat' tu. Kalau dia 'angkat', aku pun ada salute sikit kot.

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Friday, 6 January 2012

Demo UPSI - Satu perjuangan... yang sia-sia

Kebetulan...baru melihat video penuh kejadian di UPSI.... Hebat juga ye mahasiswa kita ni... 'Garang' dalam memperjuangkan hak mereka.. 'Syabas' saya ucapkan... Agak ramai yang turun padang 'memperjuangkan' kebebasan akademik (Saya pun tak berapa pasti apa maksudnya kebebasan akademik ini) Cuma saya sedikit tertanya-tanya...



1. Student UPSI ada berapa ramai yer? Tak nampak pun semua turun...Mereka berjuang dari dalam ke? atau dalam hati? Atau kumpulan ini syok sendiri?

2. Kenapa dalam video tu, semasa nak bawa pelajar yang luka ke hospital ada yang meneriak...'sapa tahu jalan, dia bawak' Takkan pelajar UPSI tak tahu jalan Tg Malim yang begitu 'besar'. Atau..banyak orang luar?

3. Polis menarik untuk menyuraikan... Mereka melawan untuk dilepaskan... Polis ke yang salah? Atau mereka yang salah?

4. Siapa yang merempuh poliklinik Syifa? (harapnya kad perubatan saya dalam tu tak hilang) Mereka atau polis? Atau polis menolak mereka hingga mereka terjatuh ke dalam poliklinik tersebut. Atau mereka siap-siap nak cari ubat sebab tahu akan luka? Persoalan utamanya...

1. Mereka tak ada final exam ke masa-masa macam ni?

2. Perlu ke bantahan sebegini diadakan?

3. 'Kuat'kah mereka?

Monday, 2 January 2012

Adam Adli dan AUKU (AAA)

Gerbang masuk ke Tanjung Malim dari Arah Selatan
Melihat kepada situasi Tg Malim (kampung saya) baru-baru ini membuatkan saya terasa bahang 'perjuangan' sudah mula menular di kalangan mahasiswa bakal pendidik. Rata-rata, mereka ini akan mendidik anak bangsa (Melayu, Cina, India dan lain-lain). Yang sedihnya, golongan yang dipelopori oleh bangsa Melayu ini sekali lagi menunjukkan jaguh dan perasaan tidak puas hati yang kononnya meluap-luap dikalangan mahasiswa (di IPTA-IPTA tertentu sahaja).
Secara teorinya, saya meletakkan beberapa perkara asas dalam tindakan sebegini. Ini teori yang saya rungkai sendiri demi mencari erti sebenar 'perjuangan'. golongan-golongan ini. Bukan menempelak tetapi mencari kesinambungan cerita yang tidak tahu asas kebenarannya. Sebagai rekod, saya seorang MPP (setahun sebelum era ASPIRASI) di salah sebuah universiti tempatan. Pada masa itu, tiada asas politik yang dimasukkan dalam proses kemahasiswaan kami. Namun begitu, kami tidaklah seperti katak di dalam kotak yang tidak tahu langsung akan agenda politik, agenda nasional dan agenda kerajaan/pembangkang. Yang pastinya, perkara pokok yang utama adalah membawa harapan ibubapa SAHAJA. Berjaya itu adalah dalam konteks 'harapan' ibubapa sahaja. Malah, bukan untuk diri sendiri. Saya mempunyai cita-cita, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggapainya. Yang saya tahu, saya mesti belajar. Setakat mana kesahihan yang formula 'belajar= berjaya' sangat samar. Terus- terang pada masa itu, harapan bangsa dan negara langsung tidak terdetik kerana saya tidak tahu. Mungkin jahil tentang subsidi yuran yang dikenakan. Mungkin jahil dengan DEB yang menjadi asas kejayaan Bumiputera. Saya begitu yakin yang saya TIDAK MUNGKIN dapat masuk ke IPTA sekiranya tiada dasar DEB. Nasib, meritokrasi tidak menjadi asas pemilihan pada ketika itu. Jika tidak, alamatnya..... Saya tidak pasti di mana saya pada masa ini.
Mungkinkah cara sebegini boleh menampakkan keterampilan yang tidak terhingga kepada mahasiswa, terutama ketua-ketua mereka? Atau mungkin percaturannya sebegitu. Dalam tsunami politik PRU 12, semua pihak tidak kira pemerintah atau pembangkang merasakan mereka mempunyai peluang untuk menang/kalah. Tumpasnya negeri-negeri yang dicatur sebagai kubu kuat pemerintah, tersungkur ke tangan yang lain. Perjalanan dari Melaka ke Perlis (sejurus selepas PRU 12) hanya Negeri Sembilan dan Perlis sahaja yang dikuasai BN. Yang lainnya disapu bersih oleh pembangkang. Mungkin ini menjadi asas yang pembangkang merasakan mereka boleh mencapai kemenangan mutlak pada PRU 13. Untuk itu, saya merasakan yang ini percaturan 'politik' golongan mahasiswa tersebut. Sekiranya mereka menyokong pembangkang sekarang dan pembangkang menang PRU 13, maka 'imbuhan' yang setimpal pastinya diberikan kepada mereka. Mengikut istilah golongan fanatik muzik,mereka ini tidak lebih dari golongan posers. Golongan yang cuba menjadi sesuatu profil yang sebenarnya bukan diri mereka sendiri. Contohnya, mereka 'cuba' menjadi seorang rockers walaupun mereka sebenarnya tidak. Ini bersangkutan dengan konsep trend. sekiranya mereka tidak mengikut trend, maka mereka akan dikatakan kolot. Selain itu, boleh juga saya katakan mereka ini opportunist yang menjangkakan kemenangan pembangkang pada PRU 13.
Dalam perspektif yang lain, mereka ini mungkin juga tools untuk pembangkang memperlihatkan diri mereka dalam setiap hati mahasiswa (kononnya). Segenap lapisan masyarakat menyokong mereka (kononnya). Mereka seolah-olah bertakhta di hati masyarakat.

'Kononnya' Pejuang
Namun begitu, saya merasakan kedua-dua golongan ini bertindak dalam proses win-win situation yang kedua-duanya akan meraih keuntungan. Ini jelas kerana kedua-duanya opportunist yang nyata.

Pada saya, proses penganjuran ini sangat memakan masa dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat. Siang dan malam diperuntukkan untuk merangka dan menjalankan program-program sebegini. Belum dicampur mesyuarat-mesyuarat yang perlu di atur supaya proses ini dapat dilaksanakan. Saya tahu kerana saya pernah menganjurkan program-program (pembangunan sahsiah) peringkat universiti dan IPTA. Cuma persoalannya, bilakah masa mereka ini mentelaah pelajaran? Adakah KESEMUA mereka ini bijak pandai (genius) seperti Adam Adli? Saya hanya boleh menumpukan perhatian kepada 1 perkara dalam satu masa dan selebih-lebihnya dua. Namun salah satu mestilah menjadi keutamaan saya. Ini kerana, saya manusia yang lemah dan tidak mampu untuk menjadi jaguh dalam serba bidang. Sekiranya penumpuan lebih kepada satu aspek, maka secara automatik yang satu lagi akan diketepikan (sedikit). Cuba tuan/puan buat kerja kursus/ assignment secara serentak untuk dua mata pelajaran. Saya pasti yang tumpuan hanya boleh dibuat satu persatu, bukan kedua-duanya sekali.
Maka saya boleh katakan yang mereka ini membazir duit rakyat (duit cukai saya dan semua) dalam memastikan mereka ini dapat belajar dengan sempurna. Saya rasa, dalam AUKU patut ditulis golongan yang terlibat ini (penganjur dan peserta) tidak layak untuk guna duit saya dan rakyat. Saya tidak halalkan. Tidak pasti dengan orang-orang lain (yang membayar cukai) di luar sana.

Mungkinkah ini yang kita fikirkan?
Hasil nukilan chedet (2008) untuk renungan kita bersama:
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU










-I'll pray and dream, I'll rise and win-
Free Counter | DiseƱo Web