Merujuk kepada video di youtube.com....
Hamba Allah ini cuba untuk tunjuk pandai..... Kononnya dialah yang tahu segala-galanya... ni nama dia bodoh sombong.....
Cuba lihat kepada "Keluhuran Perlembagaan' yang cuba di dokong beliau. Impian yang murni dalam mendokong prinsip-prinsip rukunegara, tetapi jahil dalam perlaksanaanya yang hakiki. Saya pun tidak lah sepandai mana dalam bidang perundangan, tetapi rasanya Perlembagaan adalah asas kepada sesuatu negara dan ianya di laksanakan dengan artikel-artikel dan undang-undang yang sewajarnya. Begitu juga pelaksana/penguatkuasa undang-undang yang dalam konteks ini adalah DBKL. Di mana mereka bertindak dengan undang-undang dan peraturan DBKL/ pihak berkuasa tempatan (PBT). Yang mana, peraturan-peraturan ini adalah berlandas kepada undang-undang dan tunjangnya adalah perlembagaan.
Dinyatakan oleh hamba Allah tersebut yang pihak DBKL telah menafikan hak rakyat untuk berhimpun seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10.
Kesimpulannya, mamat tu cakap tapi tak paham erti percakapannya.... Lawan cakap dengan orang-orang DBKL boleh le bro.....
-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Mengikut artikel 10 ini:
Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan
kebebasan bercakap berhimpun dan menubuhkan persatuan
(1) tertakluk kepada fasa(2),(3) dan (4);
(a)tiap2 warga negara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.
(b)semua hak berhimpun secara aman dan dgn tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.
Namun, Artikel 10 Perlembagaan juga menyatakan beberapa
perkara lagi seperti dibawah:
2) Parlimen boleh dgn undang2 mengunakan :
(a) keatas hak2 yg diberikan oleh perengggan(a) Fasal (1) apa2
sekataan yg didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana2 bahagiannya, perhubungan persahabatan dgn
negeri2lain, ketenteraman awam utk melindungi keistimewaan2 parlimen
atau mana2 Dewan Negeri atau mengelakkan terhadap mahkamah,fitnah,atau
perbuatan mengapi2 supaya dilakukan sesuatu kesalahan:
(b) Keatas hak yg diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1),apa2 sekatan
yg didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana2 bahagiannya,atau ketenteraman awam.
(c) keatas hak yg diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa2 sekatan yg
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana2 bahagiannya,atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan2ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberikan oleh
perenggan (c) Fasal (1) boleh dikenakan oleh mana@ undang@ mengenai
buruh atau pelajaran
(4) pada mengenakan sekatan2 demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana2 bhgnya atau ketenteram awam di bawah Fasal (2)
(a),Parlimen boleh meluluskan undang2 melarang perbuatan
mempersoalkan apa2
perkara,hak,taraf,kedudukan,keistimewan,kedaulatan yang ditetapkan atau
perlindung oleh peruntukan Bahagian 3,perkara 152,153 dan 181 berhubung
dgn perlaksanaanya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang2 itu.
Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan
bahawa walaupun hak rakyat untuk berhimpun aman, ianya bukanlah mutlak.
Proses yang melibatkan keselamatan negara harus disalurkan kepada
saluran yang betul. Dalam perkara ini, Parlimen telah mengakui bahawa
KDN dan PDRM telah diberikuasa untuk menilai samada perhimpunan
mengancam keselamatan negara, atau tidak.
Ia merujuk kepada permit yang mesti
diperolehi oleh penganjur sebelum acara boleh dijalankan. Dan PDRM
punya kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh pengajur sebelum permit
dikeluarkan. Inilah yang dimaksudkan dengan Perkara 2 dalam artikel
10.
Kesimpulannya, mamat tu cakap tapi tak paham erti percakapannya.... Lawan cakap dengan orang-orang DBKL boleh le bro.....
-I'll pray and dream, I'll rise and win-
No comments:
Post a Comment