Monday 23 April 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 19 April 2012

Beginning never sets the end…

 
I begin quite small with high hope
 that never came across my mind
Yet I never realized what high hopes are for
and who it were meant to embark
The beginning were sad and full of hunger
Hunger of pride and hunger of passion
Moral ambiguities came flying by
Nevertheless, look at me right now
Did the uncertainties drag me down nor drove me away
I sway when the wind is strong
I climbed, when the stiff get stiffer
I moved aside when the tide is high
Manage to pass through with The Greatness’s love
And look at me know
Don’t forget to look at me then
You will know what to do
And all the answers lies
beneath the things that you know the best
You…..
-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Wednesday 18 April 2012

Mansuh PTPTN: Hikayat Perhimpunan di Dataran Merdeka dan Tokoh Warganegara yang TERLALU Bijak Pandai

Merujuk kepada video di youtube.com....


 Hamba Allah ini cuba untuk tunjuk pandai..... Kononnya dialah yang tahu segala-galanya... ni nama dia bodoh sombong.....

Cuba lihat kepada "Keluhuran Perlembagaan' yang cuba di dokong beliau. Impian yang murni dalam mendokong prinsip-prinsip rukunegara, tetapi jahil dalam perlaksanaanya yang hakiki. Saya pun tidak lah sepandai mana dalam bidang perundangan, tetapi rasanya Perlembagaan adalah asas kepada sesuatu negara dan ianya di laksanakan dengan artikel-artikel dan undang-undang yang sewajarnya. Begitu juga pelaksana/penguatkuasa undang-undang yang dalam konteks ini adalah DBKL. Di mana mereka bertindak dengan undang-undang dan peraturan DBKL/ pihak berkuasa tempatan (PBT). Yang mana, peraturan-peraturan ini adalah berlandas kepada undang-undang dan tunjangnya adalah perlembagaan.

 Dinyatakan oleh hamba Allah tersebut yang pihak DBKL telah menafikan hak rakyat untuk berhimpun seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10.

Mengikut artikel 10 ini:

Artikel 10  Perlembagaan Persekutuan

kebebasan bercakap berhimpun dan menubuhkan persatuan

(1) tertakluk kepada fasa(2),(3) dan (4);
(a)tiap2 warga negara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.
(b)semua hak berhimpun secara aman dan dgn tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

Namun, Artikel 10 Perlembagaan juga menyatakan beberapa perkara lagi seperti dibawah:

2) Parlimen boleh dgn undang2 mengunakan :
(a) keatas hak2 yg diberikan oleh perengggan(a) Fasal (1) apa2 sekataan yg didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana2 bahagiannya, perhubungan persahabatan dgn negeri2lain, ketenteraman awam utk melindungi keistimewaan2 parlimen atau mana2 Dewan Negeri atau mengelakkan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi2 supaya dilakukan sesuatu kesalahan:

(b) Keatas hak yg diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1),apa2 sekatan yg didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana2 bahagiannya,atau ketenteraman awam.

(c) keatas hak yg diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa2 sekatan yg didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana2 bahagiannya,atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan2ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh dikenakan oleh mana@ undang@ mengenai buruh atau pelajaran

(4) pada mengenakan sekatan2 demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana2 bhgnya atau ketenteram awam di bawah Fasal (2)

(a),Parlimen boleh meluluskan undang2 melarang perbuatan mempersoalkan apa2                    perkara,hak,taraf,kedudukan,keistimewan,kedaulatan yang ditetapkan atau perlindung oleh peruntukan Bahagian 3,perkara 152,153 dan 181 berhubung dgn perlaksanaanya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang2 itu.

Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun hak rakyat untuk berhimpun aman, ianya bukanlah mutlak.  Proses yang melibatkan keselamatan negara harus disalurkan kepada saluran yang betul.  Dalam perkara ini, Parlimen telah mengakui bahawa KDN dan PDRM telah diberikuasa untuk menilai samada perhimpunan mengancam keselamatan negara, atau tidak.

Ia merujuk kepada permit yang mesti diperolehi oleh penganjur sebelum acara boleh dijalankan.  Dan PDRM punya kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh pengajur sebelum permit dikeluarkan.  Inilah yang dimaksudkan dengan Perkara 2 dalam artikel 10.

Kesimpulannya, mamat tu cakap tapi tak paham erti percakapannya.... Lawan cakap dengan orang-orang DBKL boleh le bro.....

 -I'll pray and dream, I'll rise and win-
Free Counter | DiseƱo Web