Monday 5 March 2012

Syarikat penerbangan serantau MAS April depan- Boleh untung ke mereka ni?




Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyarikatpenerbanganserantauMASAprildepan/Article

Syarikat penerbangan serantau MAS April depan


2012/03/05
KUALA LUMPUR: Pelancaran awal cadangan syarikat penerbangan jarak dekat baharu oleh syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines, dijangka mengambil tempat bulan depan, kata Ketua Pegawai Operasi (Jarak Dekat), Ignatius Ong.

Beliau berkata, syarikat penerbangan baharu itu yang masih lagi belum diberikan nama, dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini. "Pada April, kami berhasrat melancarkan nama serta logonya. Bagaimanapun, kami masih lagi mensasarkan operasi sepenuhnya pada pertengahan tahun ini," kata beliau ketika taklimat media di sini hari ini. Syarikat penerbangan jarak dekat itu diperkenalkan oleh pasukan pengurusan baharu Malaysia Airlines yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya, sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan perniagaan syarikat itu.

Syarikat penerbangan baharu itu akan menggunakan sepenuhnya rangkaian baharu pesawat Boeing 737-800 dan ia khusus disasarkan untuk memenuhi kehendak pengembara mewah.

Malaysia Airlines mencatatkan kerugian bersih RM2.52 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, yang terbesar dalam sejarah korporatnya dengan pendapatan RM13.9 bilion. - BERNAMA

-I'll pray and dream, I'll rise and win-

No comments:

Free Counter | DiseƱo Web