Thursday 27 August 2009

Utusan Malaysia Online - ron95 FOR honda

Utusan Malaysia Online - Korporat

Semua model Honda serasi dengan RON95
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Honda Malaysia mengumumkan hari ini bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Pengumuman itu dibuat berikutan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga RON97, serta pelancaran pilihan yang lebih mampu dibeli, iaitu RON95, yang akan menggantikan RON92.

Bahan api baru itu boleh dibeli dengan harga RM1.75 seliter, berkuatkuasa 1 September.

Oleh kerana RON97 paling biasa digunakan, banyak pihak yang ragu-ragu untuk beralih kepada bahan api yang lebih rendah RONnya, tetapi Honda Malaysia memberi jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi berkata, dalam satu kenyataan bahawa semua kereta Honda memerlukan RON91 minimum sejak 2001 dan dengan demikian sebarang angka melebihi RON minimum adalah selamat.

"Kecuali bagi Civic Type R, yang kami cadang menggunakan RON97 disebabkan enjinnya yang berprestasi tinggi. RON yang lebih tinggi akan menghasilkan lebih kuasa bagi sedan berprestasi tinggi ini. Jika tidak, prestasinya dan penggunaan bahan apinya mungkin terjejas," jelas beliau.

Jika bahan api yang lebih rendah RONnya digunakan, satu keadaan yang dipanggil engine knocking (perlagaan enjin) akan berlaku, yang akan mengakibatkan penurunan prestasi dan pengurangan kecekapan bahan api, kata syarikat itu.

Bagi mengelakkan perlagaan enjin, semua model daripada Honda Malaysia dilengkapi sensor perlagaan, iaitu pengesan yang memberi isyarat kepada operasi enjin untuk memperlahankan pemasaan pencucuhan (tindakan palam pencucuh) jika berlaku perlagaan enjin, yang akhirnya akan menjejaskan pretasi dan kecekapan bahan api kenderaan.

Bagi model-model yang diedarkan sebelum 2001 atau diedarkan oleh bukan wakil jualan Honda yang sah, pemilik dinasihati memastikan keperluan RON minimum kenderaan dengan merujuk kepada manual pemilik mereka. - BERNAMA

Shared via AddThis

Friday 21 August 2009

N11 Permatang Pasir

A huge bombardment of truth and lies is circulating the nation in this moment. You nor me knows the which is the truth and the lies. Every sides tries to get people together and vote them. In fact, it's good if we look in the marketing prospects.

However things were worsen by the hatred implanted within. Neither parties agrees on what the other party is doing. For 'A', 'B' is bad and vice versa. I love to read the blogs of ruling and opposition. This is just to broaden my knowledge in different perspective and scope. There are certain bloggers who can really interpret the matter with knowledge and common sense. However, mainly I could say that sometimes what is right would be wrong depending on which side are we in. I might be wrong but...It's totally up to you and me to decide. Reading those blogs pushed me to laughter and sometimes horror.

Well, the clock is ticking.



-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Thursday 6 August 2009

Rakyat diingatkan 7 wasiat Raja-raja Melayu

06/08/2009 5:03pm

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  1. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  2. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  3. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  4. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  5. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  6. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
    (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda. Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi.” “Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya. “Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat,” titah baginda. Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah. “Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram,” titah Raja Nazrin Shah. Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

— BERNAMA
-I'll pray and dream, I'll rise and win-

Tuesday 4 August 2009

Words of Wisdom 004

Pleasure is the greatest incentive to evil

Plato

Mind

Life,
Evaporate as it like
At it's own phase
doesn't matter if you like it or not
nor you are sure and certain
keeping something to retain
the moments of glory will be drawn
by people who appreciate and being appreciated
through sad and pain
You must remain the same
no matter how high you are
or else I'm sure that the
anger and greed will take charge
soon as you realized
your life has turned to dust
because the downfall
wasn't meant for those who crawl
Strive all you may and neglect what's in the can
Proceed on and sometimes turn back for clues
Always stick like glue
to the believes of the end....

Kam 2009

'Ill pray and dream, I'll rise and win

Monday 3 August 2009

31/07/09 - 02/08/09 - Sonisphere Festival 2009 @ Knebworth


Been there, done that and coming back????

I'll tell you why in my next post.....

Wait for the event's pics.......

Free Counter | DiseƱo Web